28 August 2012

Beraya pertama kali sebagai seorang 'Isteri'

Alhamdulillah..bersyukur kehadrat Illahi..kerana dengan limpah kurnianya..dapat juga aku meneruskan kehidupan ini sehingga hari ini...hari ini 11 Syawal 1433 bersamaan 29hb Ogos 2012..tak lama lagi M'sia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-55...Tahun ni juga dapatlah aku beraya bersama suami & keluarga dua belah pihak yang tercinta...pertama kali beraya bersama setelah 6bulan selamat menjadi 'isteri' kepada seorang yang bergelar suami yang tersayang...seronok dapat bergambar bersama..setelah bermaaf-maafan dipagi raya...(ni pun masih ada yang tak de lagi...maria&suami dengan along&family) tak de dalam gambar...tahun ni tambah sorang lagi ahli baru..selain kehadiran suami & kakak ipar aku...iaitu..anak buah ke-2 dalam kuarga kami..Mohamad Syahmi Affan..(anak ke-2 kakak aku yang baru je dalam 2 bln lebih berpantang)...
(Bergambar dengan anak buah tersayang Nur Dania Syafiza....ni tengah beraya di rumah makcik @ Pekan Btg Berjuntai dengan family....)

Bersama suami & anak buah baru kami...Mohd Syahmi Affan..sedondonkan..?kabetulan sebab family kakak aku pun tahun 2012 ni tema 'putih' macam kitorang jugak...so...sapa-sapa yang tengok gambar ni..jangan salah sangka tau...heee..... Aku memang sayang kat anak-anak buah..dah macam anak sendiri...lepas ni..bolehlah layan anak sendiri...tungguuuuuuuu...........




Buah Zuriat

Sejak 2 menjak ni...kerap jugak aku dengar orang bercakap pasal 'Buah Zuriat'...nama macam pelik..sebabnya...kat M'sia ni memang tak de..cari la kat mana ceruk kt M'sia ni..memang takkan jumpa punya lah...tapi lepas aku google..rupanya buah ni boleh dicari di Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan gua Hirak..Jauh... Buah zuriat ini juga dikenali dengan panggilan buah adam / buah hawa /buah zuriattin / buah koka..tu pun aku google jugak...rujuk kt www.pelikbinajaib.com/kesihatan/buah-zuriat-khasiat-buah-zuriat...macam-macam info korang akan dapat..aku tertarik pastu aku google la pasal buah ni..sebab tetiba teringat kat sorang kawan kat opis tempat aku bekerja..5 tahun kahwin tapi belum ada rezki dikurniakan anak...nak diceritakan pasal kawan aku ni...memang ada satu masa tu dia 'down'...murung...nangis-nangis bawah meja..pastu kebetulan 'bapa' (panggilan nama kepada seorang pegawai kt opis aku ni..kami panggil 'bapa' sebab dia melayan kitorang ni macam anak-anak sendiri...tapi...baliau dah meninggal dunia dah...tolong sedekahkan al-fatehah yek...) nak pergi menunaikan haji...jadi kami ni..beria-ia nak suh bawakkan doa-doa kami..(kebetulan..time tu pulak aku tengah single..tengah mencari-cari pasangan..nak jugak tumpang doakan jodoh yang baik-baik) alhamdullilah..arwah bapa time tu selamat pulang dari menunaikan haji...dia ada bawak 'buah zuriat' ni pada kawan aku yang sorang tu...bentuk memang pelik..kaler buah tu hitam... 

so..bolehlah cuba guna buah ni pada sesiapa yang dah lama merancang nak cahaya mata...ikhtiar tu lebih baik dari kita duduk mengharap....sesungguhnya...Allah swt tu Maha Mengasihani....insyallah..